PING BUSUK

Selasa, 25 Disember 2012

FUHHHH.... SAMSUNG GALAXY CAMERA.. WOWWW...

 Samsung Malaysia sekali lagi merevolusikan komunikasi visual melalui pengenalan kamera Samsung Galaxy. Kamera ini adalah kamera pertama keluaran Samsung yang menggabungkan ciri-ciri fotografi berprestasi tinggi dengan capaian rangkaian 3G, wi-fi dan boleh digunakan untuk teknologi Android.
Memetik laporan gua.com.my, kamera Samsung Galaxy membolehkan pengguna mengambil gambar, menikmati, mengedit dan berkongsi imej dan video yang berkualiti tinggi melalui peranti tunggal. Kamera ini juga mempunyai capaian 3G dan penyambungan kapasiti yang dipertingkatkan, selain wi-fi yang dilengkapi dengan dual band yang meningkatkan kelajuan sambungan. Ini membolehkan para pengguna yang aktif dan gemar berkongsi gambar melakukan aktiviti ini melalui telefon pintar dan di laman rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, Pinterest dan Instagram.
Kamera Samsung Galaxy boleh didapati di semua pengedar Samsung yang disahkan dan harga permulaan yang ditawarkan ialah RM1,899.





woww..wow...woww..... tu jer lah yang aku boleh kata kan, memang terbaik ni tuk orang-orang macam aku yang tak berapa nak profesional sangat dalam amik gambar nie, nak kena sambar satu nie.
16mp, ada wifi+4G LTE, 8GB  storage, 23mm Wide-Angle Lens dan ada Micro SD Card slot...wowww....
 harga boleh tahan lah RM 1899. 
Tak oleh jadi nie, nak kena beli gak nie... jomm..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan